Saturday, November 25, 2006

BAHASA RUH

Sebenarnya yang paling utama dari AQRAR AL IMAN atau rukun iman adalah Tawakal dan Taqwa. Nantilah dihujung-hujung perjalanan sepi sunyi penuh ranjau mu sebagai orang beriman akan kamu ketahui apa segala erti dan kepayahan dan hikmahnya.
Kepada saya apabila melihat seseorang itu saya tidak melihat kepada jasadnya luaran pakaian dan bentuk dan rupa tetapi yang saya lihat adalah ruh yang terkandung di dalamnya oleh tuhan AL_HAFIZ. Melalui matanya insyaallahakan terlihat dan terpancar sifat hakiki bagi ruh meskipun sedikit sahaja pengetahuan kita mengenainya.
Jangan main-main ini adalah roh yang diseut Allah sebagai Kepunyaan Ku dan Dari Sisi Ku. Maka muktamadlah waktu di yaumil mahsyar nanti apabila kita tidak dapat dan para nabi tidak dapat melakukan apa-apa terhadap seksaan yang bakal menimpa kaum yang kafir. Allah kan melarang dan dengan tegas berkata :
" Biarkanlah aku bersama hamba-hamba yang aku ciptakan. " Kita hanya mampu melihat....nauzubillah. Itulah kesudahan orang/manusia yang mahu tetap kekal di dunia seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Itulah kesudahan agama bagi mereka. Subhanallah Astaghfirullah.
Berbalik kepada mesej tentang bagaimana boleh mengubat secara bahasanya begitulah, tetapi menurut semua yang kita ketahui ia semuanya kembali kepada Al-Adzhim Allah yang mengubatnya. Dan kita tidak lebih LANTARAN SHJ.
Ia dan segalanya bermula apabila kita dapat mengubati diri sendiri terlebih dahulu. Ibarat mahu membantu orang miskin haruslah mempunyai kekayaan baharulah dapat di hulur bantuan.
Peristiwa demi peristiwa yang sulit untuk saya gambarkan sepanjang kehidupan ini, maka terwujudlah satu keterangan/penerangan/pernyataan zahir dan batin dengan penuh keyakinan dari Allah bahwa dengan izinnya dan kekuatan tawakal depada Allah jualah segala sesuatu permohonan atau pengubatan/penyembuhan itu berlaku. NOKTAH DAHULU